Java_Card

Java Card merupakan teknologi yang membolehkan aplikasi berasaskan Java dijalankan dengan selamat pada kad-kad pintar dan peranti-peranti kecil yang beringatan kecil. Java Card adalah pelantar Java terkecil yang dibangunkan untuk peranti-peranti terbenam. Ia membolehkan penggunanya mengatur cara peranti-perantinya serta mengkhususkan aplikasi.Java Card yang pertama telah diperkenalkan pada tahun 1996 oleh bahagian kad Schlumberger yang kemudiannya bergabung dengan Gemplus bagi membentuk Gemalto. Produk-produk Java Card adalah berasaskan spesifikasi yang dibangunkan oleh Sun Microsystems (yang kemudiannya menjadi anak syarikat Oracle Corporation). Kebanyakan produk-produk Java card turut bergantung kepada spesifikasi GlobalPlatform bagi pengurusan keselamatan aplikasi pada kad (muat turun, pemasangan, pemperibadian, penghapusan).Matlamat utama reka bentuk teknologi Java Card ialah kemudahalihan dan keselamatan.[1]