Javier_Zanetti
Javier_Zanetti

Javier_Zanetti

Javier Adelmar Zanetti (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ saˈneti]; lahir 10 Ogos 1973) merupakan bekas pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pertahanan atau pemain tengah bertahan. Sepanjang kariernya, Zanetti banyak bermain untuk kelab Serie A, Internazionale dari tahun 1995 sehingga 2014 dan mula menjadi kapten pasukan itu dari tahun 1999. Beliau digelar "Il Capitano" yang bermaksud kapten. Beliau boleh bermain di posisi sayap kiri atau kanan dan juga bermain di posisi pertahanan. Selepas bersara, beliau menjadi naib presiden kelab Inter.Zanetti bersama Inter menjuarai beberapa kejohanan berprestij antaranya lima trofi Serie A dan empat kejuaraan Coppa Italia. Di peringkat Eropah, Zanetti berjaya membantu Inter untuk menang dalam perlawanan ke-700nya, iaitu perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2010. Kejayaan itu adalah bagi melengkapkan gelaran "treble" bagi Inter dan Inter menjadi kelab Itali pertama membuat rekod bersejarah itu. Pada peringkat antarabangsa, beliau telah memegang rekod pemain memiliki kaps terbanyak dalam pasukan Argentina. Beliau juga beraksi dalam dua edisi Piala Dunia dan lima kejohanan Copa América.Beliau juga memegang rekod penampilan terbanyak untuk kelab Itali yang berasal dari negara luar Itali iaitu sebanyak 858 perlawanan rasmi. Beliau juga merupakan pemain beraksi terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 1123 perlawanan. Hanya Rogério Ceni (1200 perlawanan) dan Peter Shilton (1362 perlawanan) telah beraksi lebih banyak perlawanan.

Rujukan

WikiPedia: Javier_Zanetti http://www.afa.com.ar/3023/la-seleccion-de-todos-l... http://www.bdfa.com.ar/jugador.asp?codigo=2605 http://www.ole.com.ar/futbol-internacional/Pupi-Mi... http://www.clarin.com/diario/2006/09/26/um/m-01278... http://www.eurosport.com/football/int-friendlies/2... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/stats-ce... http://www.football-lineups.com/footballer/5011/ http://www.football-lineups.com/players/player.php... http://www.football-lineups.com/wiki/_match1323.ph... http://goal.com/en/news/60/south-america/2009/12/1...