Jawatankuasa_Khas_Bebas_Darurat
Jawatankuasa_Khas_Bebas_Darurat

Jawatankuasa_Khas_Bebas_Darurat

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ialah sebuah jawatankuasa yang berperanan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan kewujudan darurat besar di Malaysia akibat dari pandemik COVID-19. Jawatankuasa ini ditubuhkan atas Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan dibawah urusetia Majlis Keselamatan Negara pada 9 Februari 2021.[1][2] Sebelum penubuhan jawatankuasa berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menyerahkan senarai calon yang akan mengetuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada 14 Januari 2021.[3]

Jawatankuasa_Khas_Bebas_Darurat

Tujuan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan kewujudan darurat besar di Malaysia akibat dari pandemik COVID-19
Ibu pejabat Putrajaya
Organisasi utama Kerajaan Malaysia
Ditubuhkan 9 Februari 2021 (2021-02-09)
Orang penting