Tugas Jawatankuasa_Kira-Kira_Wang_Negara

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk memeriksa:

  • Kira-kira Kerajaan Malaysia dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Parlimen kerana menepati perbelanjaan negeri;
  • Apa-apa kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam majlis;
  • Penyata Pemeriksa Kira-kira Negara yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat menurut perkara 107 dalam Perlembagaan;
  • Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa ini.

Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi yang disebabkan oleh keuzuran atau sebab lain, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasan itu.

Seseorang ahli Majlis tidak boleh dilantik, memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa dia menjadi seorang menteri.

Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang untuk hadir di hadapannya atau meminta mengeluarkan surat, rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.