Jawi,_Pulau_Pinang

Jawi (Jawi: 'جاوي', Cina: 爪夷) ialah sebuah bandar lebuhraya Pulau Pinang, Malaysia dan bandar penduduk sederhana di negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Nibong Tebal dan Sungai Bakap serta agak dekat sama negeri Kedah. Kedudukan Kampung Jawi ini terletak di Sungai Bakap. Jawi berada dalam kawasan parlimen Nibong Tebal. Pusat beli belah terbesar Econsave terletak di Jawi bagi selatan Pulau Pinang. Stesen keretapi Jawi juga di Nibong TebalPerkhidmatan bank tidak banyak didapati di Kampung Jawi. Bank-bank terdekat selain di Jawi adalah di Nibong Tebal dan Sungai Bakap. Jawi dan Nibong Tebal juga merupakan pekan terakhir di Pulau Pinang. Kawasan seterusnya telah meliputi negeri Perak.Jawi juga merupakan pintu keluar dari Kulim, Junjong dan Tasek. Lebih tepat lagi, Kampung Jawi juga terletak di bandar Sungai Bakap.Bukit Jawi Golf Resort juga terletak di sini. Tol pekan Jawi juga merupakan laluan orang Kulim dari Kedah keluar ke lebuh raya Ipoh, Kuala Lumpur, dan Selatan sebagai jalan pintas semasa bercuti. Jarak Jawi ke Kuala Lumpur ini telahpun dipendekkan menjadi 300 km lebih sedikit selepas keluar tol.