Kerjaya Jazmy_Juma

Pada tahun 2020, Jazmy menyertai sebuah pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja musim ke-10. Beliau menyertai pertandingan tersebut kerana ingin mencabar dirinya dalam bidang yang berbeza daripada yang pernah ceburinya sebelum ini. Jazmy serta peserta lain telah dinilai berdasarkan rupa dan kebijaksanaan mereka dari segenap aspek. Beliau juga telah menimba pengalaman berlakon melalui pertandingan tersebut. Jazmy berjaya mengakhiri pertandingan tersebut sebagai salah seorang finalis.

Pada tahun 2021, Jazmy telah memulakan kerjaya lakonannya. Beliau memegang watak Zamir dalam drama Marry Me Senorita yang ditayangkan menurusi Astro Ria.[3][4] Beliau juga memainkan watak pembantu dalam drama Shah Alam 40000 yang disiarkan di TV3.[5]

Pada tahun 2022, Jazmy memegang watak Lans Koperal Nazri dalam drama Kalis Peluru yang ditayangkan melalui RTM.[6][7][8][9]