Jefferson_Davis
Jefferson_Davis

Jefferson_Davis

Jefferson Finis Davis (3 Jun 1808 – 6 Disember 1889) merupakan seorang ahli politik Amerika yang menjadi Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika sepanjang sejarahnya, iaitu bermula pada tahun 1861 sehingga 1865, lebih tepat lagi semasa Perang Saudara Amerika.Beliau merupakan graduan lulusan dari West Point, Davis berjuang di dalam Perang Mexico-Amerika sebagai kolonel dalam sebuah rejimen sukarela, dan juga sebagai Setiausaha Perang Amerika Syarikat di bawah Franklin Pierce. Sebelum dan selepas berkhidmat di bawah pentadbiran Pierce, beliau adalah seorang anggota senator daripada Mississippi. Sebagai seorang senator, beliau telah mempertikai pemisahan tetapi percaya setiap negeri adalah berdaulat dan memiliki hak yang tidak boleh dipersoalkan bagi berpisah daripada Kesatuan.Davis meletak jawatan dari Senat pada bulan Januari 1861, selepas menerima khabar bahawa Mississippi telah berpisah daripada Kesatuan. Pada bulan berikutnya, beliau telah dilantik sementara sebagai Presiden bagi Negeri-Negeri Gabungan Amerika. Pada bulan November 1861, beliau telah dipilih sebagai Presiden untuk selama enam tahun. Semasa memegang jawatan ini, Davis tidak mampu untuk mencari strategi bagi mengalahkan Kesatuan yang lebih besar dan kaya. Desakan Davis terhadap kemerdekaan, meskipun berdepan dengan kekalahan telah memanjangkan perang.Selepas penawanan Davis pada tahun 1865, beliau telah didakwa dengan dakwaan penderhakaan, walaupun tidak disabitkan, dan dilucutkan kelayakkan beliau untuk memegang jawatan awam. Halangan ini kemudian disingkirkan pada tahun 1978, 89 tahun selepas kematian beliau. Walaupun tidak diaibkan, beliau kemudian dipindahkan ke selatan A.S dengan penuh kasih sayang oleh jeneral besarnya, Robert E. Lee.

Jefferson_Davis

Lahir (1808-06-03)3 Jun 1808
Christian County, Kentucky
Didahului oleh John Weller
Tandatangan
Alma mater Kolej Jefferson
Universiti Transylvania
Akedemi Tentera Amerika Syarikat
Digantikan oleh James Wilson
Pasangan Sarah Knox Taylor
Varina Howell
Parti politik Demokrat
Profesion Tentera, Ahli politik
Pertempuran Perang Mexico-Amerika
Meninggal dunia 6 Disember 1889(1889-12-06) (umur 81)
New Orleans, Louisiana
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Amerika Syarikat
Mississippi Rifles
Presiden Franklin Pierce
Naib Presiden Alexander Stephens

Rujukan

WikiPedia: Jefferson_Davis http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=10417084 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=106229784 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=14023352 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=29306356 http://digital.lib.miamioh.edu/cdm/search/collecti... http://georgiainfo.galileo.usg.edu/topics/historic... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068894767