Distrail Jejak_wap

Kejadian distrail berlawanan dengan kontrailRajah perbezaan kontrail dan distrail

Distrail merupakan penyingkatan perkataan bahasa Inggeris "dissipation trail" ("jejak lesap"). Apabila kapal terbang melepasi awan, ia mampu membuka laluan melaluinya; ini dikenali sebagai distrail. Oleh sebab jejak wap kapal terbang belum lagi kelihatan (jejak wap biasanya terbentuk pada ketinggian melepasi 8,000 meter/26,000 kaki, bergantung kepada suhu dan faktor lain) distrail kelihatan seperti terowong melalui awan sekiranya awan amat nipis.[18]


Distrail tercipta oleh suhu tinggi gas ekzos yang menyerap kelembapan daripada awan. Awan terbentuk apabila kelembapan relatif adalah 100% tetapi peningkatan suhu udara boleh memuatkan lebih banyak lembapan dan kelembapan relatif jatuh menjadi kurang dari 100%, walaupun pada ketumpatan kelembapan mutlak yang sama, menyebabkan titisan air yang kelihatan pada awan kembali bertukar menjadi wap air.

Rujukan

WikiPedia: Jejak_wap http://blog.bahneman.com/content/it-was-us-airways... http://www.cbsnews.com/stories/2010/11/09/national... http://contrailscience.com/a-problem-of-perspectiv... http://contrailscience.com/aerodynamic-and-rainbow... http://contrailscience.com/files/Gierens_Aerodynam... http://books.google.com/books?id=KCcDAAAAMBAJ&pg=P... http://www.mercurynews.com/news/ci_16574898 http://www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/n... http://www.newscientist.com/article/dn19704-myster... http://www.sciencedaily.com/releases/2004/04/04042...