Jemput-jemput_bilis

Jemput bilis atau juga dikenali sebagai cucur bilis, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Jemput bilis mendapat nama kerana bahan perisa tambahan yang dicampurkan bersama tepung gandum tersebut iaitu ikan bilis kering. Ia dikenali sebagai jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.

Jemput-jemput_bilis

Suhu penghidangan Panas atau Sejuk
Nama alternatif Cucur bilis
Cucur ikan bilis
Jejemput bilis
Jemput bilis
Bahan utama Ikan Bilis
Tepung
Tenaga makanan(per hidangan) 80 kcal (335 kJ)
Tempat asal  Malaysia