Karier Jennifer_Connelly

Awal karier

Connelly dipilih sebagai peranan sokongan dalam filem 1984, Once Upon a Time in America.[5][7] Semasa menjalani pengambaran Once Upon a Time in America, Connelly membuat penampilan televisyen pertamanya dalam episod "Stranger in Town" siri British, Tales of the Unexpected.[8]

Peranan utama pertamanya adalam dalam filem 1985, Phenomena.[9] Beliau kemudiannya mempunyai peranan utama dalam Seven Minutes in Heaven, ditayangkan pada tahun yang sama.[10]

1980an–1990an

Connelly mula dikenali ramai menerusi filem 1986, Labyrinth dimana beliau melakonkan watak Sarah. Dua tahun kemudian, beliau membintangi sebagai pelajar balet dalam filem Itali, Étoile,[11] dan berlakon sebagai pelajar kolej, Gabby dalam Some Girls.[12] Pada tahun 1990, Dennis Hopper mengarahkan The Hot Spot dimana Connelly melakonkan watak Gloria Harper.[13] Filem ini gagal mencapai kejayaan di box office tetapi lakonan Connelly dipuji.

Filem Connelly seterusnya merupakan filem romantik komedi 1991, Career Opportunities, membintangi bersama Frank Whaley.[14] Filem Disney, The Rocketeer (1991) menyusul selepas itu.[15] Beliau melakonkan watak Jenny Blake.[16] Beliau muncul bersama Jason Priestley dalam video muzik Roy Orbison, "I Drove All Night" pada tahun berikutnya.[17]

Connelly kemudiannya muncul dalam Of Love and Shadows, sebuah filem Argentina-Amerika Syarikat 1994 ditulis dan diarahkan oleh Betty Kaplan serta dibintangi Antonio Banderas. Pada tahun 1995, pengarah, John Singleton memilih Connelly untuk watak pelajar kolej lesbian dalam Higher Learning.[18] Beliau kemudiannya muncul dalam filem 1996, Far Harbor sebagai Elie.[19] Ia disusuli dengan filem thriller, Mulholland Falls.[20]

Beliau mula muncul dalam filem bajet rendah seperti filem 1997, Inventing the Abbotts dimana beliau berlakon sebagai Eleanor.[21] Penampilan seterusnya adalah dalam filem sains fiksyen 1998, Dark City juga dibintangi Rufus Sewell, William Hurt, Ian Richardson dan Kiefer Sutherland.[22] Connelly melakonkan watak Emma.

Awal 2000an

Pada tahun 2001, Connelly mempunyai peranan dalam Pollock sebagai Ruth Kligman.[23] Pada tahun 2000, beliau muncul dalam Requiem for a Dream, diarahkan oleh Darren Aronofsky dan berdasarkan novel dengan tajuk yang sama oleh Hubert Selby, Jr.[24] Connelly melakonkan watak Marion Silver.[25][26]

Beliau muncul sebagai Catherine Miller dalam drama bersiri FOX, The $treet.[27] Juga pada tahun 2000, beliau muncul dalam Waking the Dead, sebuah filem berdasarkan novel 1986 dengan tajuk yang sama, melakonkan watak Sarah Williams.[28]

Beliau mempunyai peranan dalam filem 2001, A Beautiful Mind sebagai Alicia Nash.[29] Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip US$313 juta di seluruh dunia.[30] Beliau melakonkan watak Betty Ross dalam filem Hulk. Ia disusuli dengan House of Sand and Fog. Beliau melakonkan watak Kathy Nicolo.[31]

2005–sekarang

Connelly di Central Park, Bandar Raya New York, Jun 2005

Selepas dua tahun tidak muncul dalam filem, Connelly kembali dalam filem seram 2005, Dark Water berdasarkan filem Jepun 2002 dengan tajuk yang sama.[7] Beliau melakonkan watak Dahlia.[32]

Beliau melakonkan watak Kathy Adamson dalam Little Children bersama Kate Winslet.[33] Connelly membintangi Blood Diamond bertentangan Leonardo DiCaprio dimana beliau melakonkan watak Maddy Bowen.[34] Penampilan beliau seterusnya adalah sebagai Grace dalam Reservation Road bersama Joaquin Phoenix dan Mark Ruffalo.[35]

Connelly melakonkn watak Helen Benson dalam The Day the Earth Stood Still. Ini disusuli dengan peranan dalam filem romantik komedi 2009, He's Just Not That Into You yang juga dibintangi Jennifer Aniston dan Ginnifer Goodwin.[36] Pada tahun 2009, beliau muncul dalam Creation sebagai Emma Darwin.[37]Beliau kemudiannya menyuarakan watak "7" dalam filem animasi, 9.[38]

Connelly di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010

Beliau muncul dalam Virginia yang dibuka pada September 15, 2010 di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Dua tahun kemudian, ia telah diumumkan bahawa filem ini akan menerima tayangan teater terhad pada bulan Mei 2012.[39][40] Connelly melakonkan watak Virginia.[41]

Pada tahun 2011, Connelly membintangi filem komedi, The Dilemma bersama Vince Vaughn. Projek beliau yang seterusnya adalah Salvation Boulevard, dibuka semasa Festival Filem Sundance 2011.[42] Connelly melakonkan watak Gwen.[43] Beliau kemudiannya membintangi bersama Greg Kinnear dalam Stuck in Love. Filem ini dibuka semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012.[44]

Pada bulan Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Connelly telah dipilih oleh suaminya, Paul Bettany untuk filem arahan sulungnya, Shelter.[45] Connelly mempunyai peranan dalam filem 2014, Winter's Tale[46] serta membintangi Cry/Fly.[47]

Beliau melakonkan watak Naameh dalam filem 2014, Noah.[48]

Rujukan

WikiPedia: Jennifer_Connelly http://www.baltimoresun.com/entertainment/bal-al.j... http://www.biography.com/articles/Jennifer-Connell... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=beautifulm... http://www.festival-cannes.com/en/archives/ficheFi... http://books.google.com/books?id=DTUw1SDQECoC&lpg=... http://books.google.com/books?id=LNBX1H4C98QC&lpg=... http://books.google.com/books?id=VJ1vcmaOd7wC&lpg=... http://books.google.com/books?id=gVbRZdvw9ZUC&lpg=... http://books.google.com/books?id=ptwhAAAACAAJ&dq=D... http://books.google.com/books?id=z0QFKpI6p7AC&lpg=...