Kakitangan Jet_Propulsion_Laboratory

Caltech mempunyai hampir 5,000 pekerja dan ditambah dengan beberapa ribu orang pekerja yang bertugas dengan kontraktor. NASA juga mempunyai sebuah pejabat tetap di JPL dengan petugas-petugas Pemerintah Pusat bertanggunjawab mengawasi aktiviti JPL dan kerja-kerja berkaitan dengan NASA. Di samping itu, terdapat juga pelajar-pelajar lepasan ijazah dan pelajar universiti yang menjalankan latihan dalam kursus. Caltech bersama-sama JPL menawarkan peluang penyelidikan kepada pelajar, misalnya program Feloship Penyelidikan Mahasiswa Semasa Musim Panas (Summer Undergraduate Research Fellowship atau SURF).