Jewel
Jewel

Jewel

Jewel Kilcher (lahir 23 Mei 1974) ialah seorang penyanyi-penulis lagu, pemuzik, pelakon, pengarang dan penyair Amerika Syarikat.[2][3][4][5][6][7][8] Beliau telah menerima empat pencalonan Anugerah Grammy dan sehingga 2015, telah menjual 30 juta album serata dunia.Jewel juga telah bergiat aktif dalam penulisan dan lakonan; pada 1998 beliau telah mengeluarkan koleksi puisi, dan pada tahun berikutnya beliau muncul dalam filem arahan Ang Lee, Ride with the Devil (1999) yang mana beliau menerima pujian kritis.