Jikji

Jikji dicetak pada tahun 1377 di kuil Heungdeoksa dan merupakan buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih yang paling lama. Nama sebenar Jikji ialah Baegunhwasangchorok Buljo jikjisimcheyojeol dan ia adalah buku mengenai ajaran Buddha. Buku ini disusun oleh sami Buddha Korea yang bernama Baegun Hwasang dan dicetak oleh 2orang anak muridnya iaitu Seokchan dan Daljam dengan alat cetak logam mudah-alih. Buku ini ada 2 jilid tetapi satu jilid lagi disimpan di perpustakaan awam Perancis. Buku ini adalah buku yang dicetak dengan percetakan paling lama iaitu 78 tahun lebih lama daripada bible 42 baris yang disusun oleh Gutenberg. Jikji diiktiraf sebagai warisan dokumentari pada 4 September 2001 dan diiktiraf sebagai sejarah manusia yang bernilai oleh pelbagai cerdik pandai. Jikji kini berada di muzium percetakan lama Cheongju.