Jimmy_Kimmel
Jimmy_Kimmel

Jimmy_Kimmel

James Christian Kimmel (lahir 13 November 1967) yang dikenali sebagai Jimmy Kimmel ialah pengacara televisyen, penerbit, penulis, pelawak dan pelakon suara Amerika. Beliau adalah pengacara dan penerbit eksekutif Jimmy Kimmel Live!, rancangan bual bicara lewat malam itu ditayangkan di ABC pada tahun 2003. Kimmel menjadi pengacara waktu perdana Anugerah Emmy pada tahun 2012 dan 2016. Beliau menjadi pengacara Anugerah Akademi pada bulan Februari 2017.Sebelum menjadi pengacara Jimmy Kimmel Live!, beliau terkenal sebagai seorang pengacara bersama untuk Comedy Central's The Man Show dan Win Ben Stein's Money. Kimmel juga telah menghasilkan rancangan seperti Crank Yankers, Sport Show with Norm Macdonald dan The Andy Milonakis Show.

Jimmy_Kimmel

Pekerjaan Pengacara TV
Penerbit
Penulis
Tahun aktif 1989 - kini
Warganegara Amerika
Karya terkenal Pengacara Jimmy Kimmel Live! (ABC)
Kelahiran James Christian Kimmel
(1967-11-13) 13 November 1967 (umur 52)
Brooklyn, New York, Amerika Syarikat