Kerjaya Jimmy_Kimmel

Jimmy Kimmel Live!

Kimmel pada bulan September 2012

Pada bulan Januari 2003, Kimmel meninggalkan rancangan "The Man Show" secara tetap untuk menjadi pembawa acara bincang-bincang larut malam, "Jimmy Kimmel Live!" di stesen televisyen ABC. Pada bulan April 2007, laman stuffmagazine.com memilih Jimmy sebagai "orang nakal paling terkenal di televisyen". Jimmy mengatakan bahawa hal itu adalah suatu anugerah tetapi sangat jelas adalah suatu kesalahan besar.

Pada bulan Februari 2008, Jimmy Kimmel menayangkan sebuah video muzik lawak yang disokong oleh banyak bintang dunia hiburan berjudul "I'm Fucking Ben Affleck", sebagai balasan atas video muzik "I'M Fucking Matt Damon" yang dibuat oleh teman wanitanya, Sarah Silverman dan Matt Damon. Video muzik Sarah Silverman tersebut asalnya ditayangkan di acara "Jimmy Kimmel Live!" dan terus menjadi sensasi di laman web YouTube. Video muzik "balasan" Jimmy memaparkan dirinya sendiri, Ben Affleck, dan barisan bintang-bintang dunia hiburan yang membuat versi lawak dari video muzik tahun 1985 "We Are The World": Brad Pitt, Don Cheadle, Cameron Diaz, Robin Williams, Harrison Ford, Dominic Monaghan, Benji Madden dan Joel Madden dari Good Charlotte, Lance Bass, Macy Gray, Dicky Barrett dari The Mighty Mighty Bosstones, Josh Groban, Huey Lewis, Perry Farrell, Christopher Mintz-Plasse, Pete Wentz, Meat Loaf, Rebecca Romijn, Christina Applegate, Jonas Brothers, Dom Joly dan Joan Jett.

Jimmy sering kali menamatkan rancangannya tersebut dengan kata-kata "Permintaan maaf saya bagi Matt Damon, kami kehabisan waktu." Pada suatu episod dimana beliau "di temu ramah" oleh Matt Damon, beliau mengatakan hal yang serupa hanya tak lama selepas Matt Damon hadir, "Maaf, tetapi sekali lagi kami benar-benar kehabisan waktu." Hal ini menyebabkan Matt marah besar, dan para penonton mempersoalkan sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau hanya jenaka. Jimmy belakangan menegaskan bahawa hal tersebut ternyata hanyalah sebuah lawak.