Kerjaya Jisoo

Jisoo menyertai YG Entertainment sebagai pelatih pada Julai 2011 sewaktu berusia 16 tahun hingga kemudian pada Ogos 2016 beliau menjadi ahli kumpulan BLACKPINK. Sebelum ini, beliau muncul di pelbagai iklan komersial (CF), seperti Samsonite RED bersama pelakon Lee Min-ho[1] dan Smart Uniform dengan senior mereka iKON.[2] Beliau juga muncul dalam muzik video Epik High "Happen Ending"[3] da Hi Suhyun "I'm Different".[4] Pada tahun 2015, beliau dalam drama KBS The Producers sebagai tetamu undangan, bersama dengan senior seagensi Sandara Park dan Kang Seung-yoon.[5] Pada 1 Februari 2017, SBS mengumumkan bahawa Jisoo akan menjadi MC baru untuk Inkigayo pada 5 Februari 2017 hingga 4 Februari 2018 bersama dengan Got7's Jinyoung dan NCT's Doyoung.

Rujukan

WikiPedia: Jisoo http://www.allkpop.com/article/2015/08/yg-trainees... http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/7... http://www.billboard.com/biz/charts/2016-08-27/wor... http://www.billboard.com/biz/charts/2016-11-19/wor... http://www.billboard.com/biz/search/charts?f=ts_ch... http://www.billboard.com/charts/heatseekers-albums... http://www.billboard.com/charts/world-albums/2016-... http://www.kpopstarz.com/articles/126033/20141020/... http://www.kpopstarz.com/articles/138323/20141118/...