Geografi Jitra

Jitra terletak di utara bagi Alor Setar, selatan bagi Changlun, timur bagi Ayer Hitam dan barat bagi Pokok Sena serta Kuala Nerang.

Jitra adalah bandar pentadbiran bagi daerah Kubang Pasu iaitu terletaknya bandar Changlun dan Ayer Hitam.

Secara amnya Jitra mempunyai seluruh padang sawah padi di bahagian barat dan selatan cuma sedikit berbukit, di sebelah timur berbukit dan di bahagian utara ditanam dengan pokok kelapa sawit.