Joachim_Gunsalam

Datuk Dr Joachim Gunsalam ialah seorang ahli politik Malaysia yang sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih kemenangan dalam pilihan raya negeri 2020 pada bulan September 2020. Beliau juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) untuk Kundasang sejak Mac 2004. Beliau ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersekutu dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri. Pada haribulan 12 September 2020, Parti Beliau iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) telah bersetuju untuk menyertai Gabungan di Sabah yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyatupadukan pilihan-pilihan rakyat di Sabah dan menyatupadukan bangsa yang terdapat di Sabah. Oleh yang sedemikian, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah ditubuhkan secara sah di Sabah dengan persetujuan beberapa parti yang ada di Sabah.

Joachim_Gunsalam

Lahir Joachim Gunsalam
Kundasang, Ranau, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara
Gabenor Juhar Mahiruddin
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Ewon Ebin
(BNUPKO)
Kawasan pilihan raya Kundasang
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Parti Bersatu Sabah (PBS)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan)
Majoriti 1,997 (2004)
1,806 (2008)
1,975 (2013)
255 (2018)
1,422 (2020)
Sekutu gabunganpolitik lain Barisan Nasional (BN)
Perikatan Nasional (PN) (sekutu)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (gabungan)
Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor