Biografi John_Iliopoulos

Iliopoulos menamatkan pengajian di National Technical University of Athens (NTUA) pada 1962 sebagai seorang Jurutera Mekanik-Elektrik. Dia melanjutkan pengajiannya dalam bidang teori fizik di Universiti Paris, dan memperolehi ijazah DEA (1963), Doctorat 3e Cycle (1965), dan Doktorat d 'Etat (1968). Antara 1966 dan 1968 dia menjadi seorang sarjana di CERN, Geneva. Dari 1969 hingga 1971 dia bekerja sebagai Pembantu (Associate) Penyelidik di Universiti Harvard . Pada 1971 dia kembali ke Paris dan mula bekerja di CNRS . Iliopoulos juga memegang jawatan pengarah Makmal Fizik Teori di Ecole Normale Superieure antara tahun 1991-1995 dan 1998-2002. Pada 2002, dia menjadi penerima pertama hadiah Aristeio, yang diwujudkan untuk mengiktiraf orang Yunani yang memberikan sumbangan penting dalam memajukan bidang sains pilihan mereka. Iliopoulos bersama Maiani dianugerahkan Hadiah Sakurai untuk fizik zarah teori pada 1987. Pada 2007, Iliopoulos dan Maiani menerima Pingat Dirac ICTP "atas kajian mereka ke atas fizik kuark pesona, sumbangan besar kepada permulaan Model Piawai, teori moden Zarah Keunsuran."