Jon_Anderson
Jon_Anderson

Jon_Anderson

Jon Anderson (lahir 25 Oktober 1944) ialah seorang pemuzik England, vokalis kumpulan rock progresif Yes.[1]Dilahirkan sebagai John Roy Anderson di kota Accrington, Lancashire, England, kepada Albert dan Kathleen Anderson, beliau mula bergiat aktif sebagai ahli kumpulan "Little John's Skiffle Group". Selepas berhenti belajar di sekolah pada usia 15 tahun, beliau bekerja sebagai petani, pemandu trak dan tukang susu.Pada tahun 1962, Anderson menyertai kumpulan The Warriors (juga dikenali sebagai The Electric Warriors), yang mana beliau dan abangnya Tony berdua menjadi penyanyi utama. Beliau keluar dari kugiran itu pada 1967 dan mengeluarkan dua single solo pada tahun berikutnya. Beliau juga kemudian menyanyi bersama kugiran The Gun dan The Open Mind.Pada musim panas 1968, Anderson menyertai kumpulan Mabel Greer's Toyshop, yang juga terdiri daripada pemain bes Chris Squire dan gitaris Peter Banks. Tapi sebelum musim panas itu berakhir, Anderson keluar lagi. Mereka bertiga kemudian membentuk Yes bersama pemain dram Bill Bruford dan pemain keyboard Tony Kaye. Album pertama mereka dikeluarkan pada 1969.

Jon_Anderson

Pekerjaan Vokalis, penulis lirik, penulis lagu, pelukis, pemain gitar, pemain harp
Berasal dari Accrington, Lancashire, England
Nama lahir John Roy Anderson
Pengkarya berkait Yes
Jon & Vangelis
Syarikat rakaman Atlantic Records
Polydor Records
Elektra Records
Columbia Records
Angel Records
Windham Hill Records
Higher Octave Records
Eagle Records
Cleopatra Records
Voiceprint Records
Wounded Bird Records
Laman sesawang www.jonanderson.com
Genre Rock progresif, rock simfoni, Pop rock, zaman baru
Tahun aktif 1968–kini