José_Luis_Rodríguez_Zapatero
José_Luis_Rodríguez_Zapatero

José_Luis_Rodríguez_Zapatero

José Luis Rodríguez Zapatero, lahir 4 Ogos 1960 di Valladolid merupakan Perdana Menteri, atau secara rasminya "Presiden Kerajaan" (bahasa Sepanyol: presidente del Gobierno) Sepanyol. Parti sosialisnya berjaya memenangi pilihan raya pada 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008. Sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengeluarkan tentera Sepanyol dari Perang Iraq, membenarkan perkahwinan sama jantina, dan memberi amnesti kepada pendatang asing tanpa izin.