Juara_Carta_Mingguan_Muzik_Muzik_30

Muzik Muzik memasuki musim ke 30 pada tahun 2016 dan carta mingguannya bermula pada bulan 24 Januari 2015. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang pernah menjuarai carta mingguan berdasarkan undian pembaca menerusi borang dipaparkan laman web rasmi Muzik Muzik. Carta untuk musim ini hanya bermula pada minggu ketujuh ekoran beberapa masalah teknikal dalam produksi sekaligus menjadikan tempoh minggu pusingan carta musim ini adalah yang terpendek iaitu sebanyak 46 minggu sahaja.