Muzik_Muzik

Muzik Muzik ialah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 di mana lagu-lagu bahasa Malaysia, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia, dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton. Tidak seperti rancangan carta muzik televisyen lain yang memutarkan video muzik lagu, di Muzik Muzik, penyanyi harus merakamkan persembahan secara langsung di studio.Kini, penggambaran Muzik Muzik bertempat di Sri Pentas 2, Shah Alam. Lagu-lagu yang paling berjaya sepanjang tahun akan layak ke acara tahunan Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada awal setiap tahun berikutnya.Muzik Muzik yang dimulakan pada 2 Mac 1986, dua tahun selepas TV3 mula beroperasi, memasuki musim ke-34 pada tahun 2019.