Kehidupannya Julaibib

Disebabkan keadaan fizikalnya yang kurang menarik, masyarakat Madinah kurang senang dengan keberadaan beliau di kota tersebut.

Anas bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang yang tidak laku?” Rasulullah menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR Ya’la)

Selepas peristiwa Hijrah, baginda Rasulullah mengangkat martabat beliau dalam hadithnya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Julaibib ini sebahagian daripada aku dan aku ini sebahagian daripada dia"

Malah, atas usaha baginda, Julaibib dinikahkan dengan seorang gadis Madinah yang baik dan solehah.