Julius_Streicher

Julius Streicher (12 Februari 1885 – 16 Oktober 1946) adalah seorang ahli politik terkenal Parti Nazi (Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional, atau NSDAP). Beliau adalah pengasas dan penerbit semi-pornografi dan surat khabar anti-Semitik Der Stürmer, yang menjadi elemen utama mesin propaganda Nazi. Syarikat penerbitannya juga mengeluarkan tiga buku anti-Semitik untuk kanak-kanak, seperti Der Giftpilz 1938 (diterjemah ke bahasa Inggeris sebagai The Toadstool atau The Poisonous Mushroom,[1] "Cendawan Beracun"), salah satu alat propaganda yang paling luas tersebar, yang memberi amaran tentang bahayanya ancaman orang Yahudi dengan menggunakan metafora cendawan yang menarik tetapi membawa maut. Syarikat penerbitan mendapat keuntungan yang besar dan menjadikan Streicher seorang jutawan.[2]Selepas berkelahi dengan Hermann Göring pada tahun 1939, Streicher telah diisytihar tidak layak untuk memimpin oleh Mahkamah Parti Nazi dan dilucutkan jawatan partinya, namun beliau terus menerbitkan Der Stürmer, yang bukan lagi satu penyiaran rasmi Parti Nazi.[3]Selepas perang berakhir, Streicher telah disabitkan kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan di perbicaraan Nuremberg dan telah dihukum gantung sampai mati.[4]