Keluaran Jumanji:_The_Next_Level

Di Amerika Syarikat dan Kanada, filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 13 Disember 2019. Filem ini ditayangkan pada 5 Disember 2019 di China, Singapura, Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain. Di negara-negara Nordik filem ini ditayangkan di pawagam pada 6 Disember 2019. Tarikh pelancaran filem ini ialah pada 26 Disember 2019.[3]

Treler pertama filem ini dikeluarkan pada 1 Julai 2019.[4] Treler kedua dan terakhir dikeluarkan pada 31 Oktober 2019.

Pencapaian

Di Amerika Syarikat dan Kanada, Jumanji: The Next Level ditayangkan bersama dengan Black Christmas dan Richard Jewell, dan menghasilkan keuntungan sebesar $40 juta pada minggu pembukaan.[5] Filem ini meraih $52,5 juta pada tayangan awal di beberapa negara hingga 8 Disember.[6]