Kerjaya Junior_Eldstål

Malaysia XI

Pada bulan Julai 2013, Junior Eldstål dipanggil untuk menyertai Skuad Harimau Muda A untuk Sukan Universiti Dunia di Kazan, tetapi disebabkan beberapa isu teknikal beliau tidak dibenarkan untuk mendaftar pada kejohanan itu. Pada 11 Julai 2013, Eldstål telah dinamakan dalam skuad senior buat pertama kali di senarai pendek 23 pemain untuk perlawanan persahabatan Julai yang akan datang menentang Chonburi F.C. pada 16 Julai 2013 oleh K. Rajagopal. Beliau kemudiannya menerima panggilan untuk perlawanan menentang Chelsea F.C. dan FC Barcelona.

Malaysia B-23

Pada 7 September 2013, Junior[3] memperoleh cap yang pertama di bawah-23, dalam perlawanan menentang Singapura B-23 dan menjaringkan gol pertamanya untuk skuad pada 14 September 2013 di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar B-23 dan Malaysia muncul sebagai juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, gol kedua dijaringkan oleh Junior di minit ke-90. [4][5]

Pada bulan September 2014, Ong Kim Swee memilih Eldstål dalam skuadnya di senarai 23 - lelaki untuk menyertai Malaysia dalam Sukan Asia 2014 Incheon[6], Korea Selatan. Eldstål hanya bermain dalam dua permainan di pertandingan itu kerana beliau menghadapi kecederaan betis.

Dengan hanya bermain dua perlawanan dalam pertandingan itu , Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kumpulan A selepas disingkirkan oleh Arab Saudi 0-3, pada 21 September.[7]

Kelab

Johor Darul Ta'zim FC[8][9]

Sarawak FA

Eldstål memulakan kerjayanya di Malaysia pada bulan Mei 2013, setelah menandatangi kontrak secara rasmi dengan pasukan Sarawak FA. Kemudian dia diserapkan untuk beraksi bersama pasukan utama setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Sewaktu perlawanan Liga Perdana 2013, persembahan yang ditunjukkan oleh Eldstål telah memikat hati jurulatih Robert Alberts untuk membawa Junior ke skuad utamanya pada musim 2013 dan 2014. Bersama Sarawak FA, dia telah memenangi Piala Liga Perdana Malaysia 2013.[10]

Antarabangsa

Malaysia bawah-23

Rujukan

WikiPedia: Junior_Eldstål http://english.astroawani.com/news/show/malaysia-b... http://www.goal.com/en-my/news/3902/exclusives/201... http://junioreldstal.com/ http://www.sarawakfootball.com/index.php?option=co... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/SukanA... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140822/su_... http://www.fam.org.my/news-articles/102-latest-new... http://ligamalaysia2013.blogspot.nl/2014/11/junior... https://www.facebook.com/JuniorGPEldstal https://www.facebook.com/video.php?v=3810764053889...