Jürgen_Klinsmann
Jürgen_Klinsmann

Jürgen_Klinsmann

Jürgen Klinsmann (Sebutan bahasa Jerman: [ˈjʏʁɡŋ̩ ˈkliːnsˌman], lahir 30 Julai 1964) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Sebagai seorang pemain, Klinsmann bermain untuk beberapa kelab terkemuka Eropah dan sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang menjuarai Piala Dunia FIFA 1990 dan merangkul trofi UEFA Euro 1996 selepas penyatuan Jerman. Salah satu daripada penyerang utama pasukan Jerman ketika era 1990an, beliau menjaringkan gol dalam keenam-enam kejohanan antarabangsa yang disertainya dari UEFA Euro 1988 sehinggalah kejohanan Piala Dunia 1998. Pada tahun 1995, beliau di tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé dalam senarai FIFA 100.[1]Klinsmann mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman yang menduduki tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia 2006. Pada 12 Julai 2006, beliau secara rasminya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Jerman dan jawatan tersebut digantikan oleh pembantunya, Joachim Löw. Beliau seterusnya mengambil alih jawatan ketua jurulatih Bayern Munich pada Julai 2008 apabila Ottmar Hitzfeld telah dipecat. Pada 27 April 2009, beliau telah dipecat[2] bahkan pada waktu itu, beliau berjaya memungut lima kemenangan daripada tujuh perlawanan liga sebelum ini dan hanya ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu liga, VfL Wolfsburg. Hal ini tidak menolak timbulnya perselisihan antara jurulatih dan pihak pengurusan kelab. Pada 29 Julai 2011, Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat menamakan Klinsmann sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[3] Pada tahun 2013, beliau meraih kejohanan Piala Emas CONCACAF 2013 dan dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik CONCACAF 2013. Beliau turut membimbing Amerika Syarikat untuk mara ke pusingan 16 Piala Dunia 2014 di Brazil.Pada 21 November 2016, Klinsmann dipecat daripada jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat selepas tewas kepada Mexico dan Costa Rica dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018.[4]

Jürgen_Klinsmann

2003 Orange County Blue Star
2011–2016 Amerika Syarikat
1990–1998 Jerman
1980–1981 Jerman Barat B16
Tarikh lahir (1964-07-30) 30 Julai 1964 (umur 55)
2004–2006 Jerman
1972–1974 TB Gingen
1987–1990 Jerman Barat
1984–1989 VfB Stuttgart
1992–1994 AS Monaco
1987–1988 Olimpik Jerman
1974–1978 SC Geislingen
1995–1997 Bayern Munich
2008–2009 Bayern Munich
Posisi permainan Penyerang
1997–1998 Tottenham Hotspur (pinjaman)
Tahun Pasukan
Tempat lahir Göppingen, Jerman Barat
1994–1995 Tottenham Hotspur
1989–1992 Internazionale
1984–1985 Jerman Barat B21
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11+5⁄16 in)
1978–1981 Stuttgarter Kickers
1981–1984 Stuttgarter Kickers

Rujukan

WikiPedia: Jürgen_Klinsmann http://www.bbc.com/sport/0/football/28122263 http://articles.chicagotribune.com/1998-06-01/spor... http://www.concacaf.com/article/peralta-morgan-nam... http://www.fifa.com/ballon-dor/archive/edition=199... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=255931/... http://msn.foxsports.com/foxsoccer/goldcup/story/u... http://www.goal.com/en-us/news/1589/canada/2011/01... http://www.klinsmann.com/the-player/ http://www.miamiherald.com/2012/03/04/2673914/klin... http://www.mlssoccer.com/worldcup/2014/news/articl...