K._Pathmanaban

K. Pathmanathan (40 tahun) menetap di Ipoh, Perak. Pada 12 April 2009, beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau turut membawa 3 anaknya memeluk agama Islam. 3 anaknya iaitu ialah Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran. Mohd. Ridzuan Abdullah memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh. Mereka berkahwin pada 10 April 1993 di Jabatan Pendaftaran Perak dan dikurniakan tiga anak. Isterinya M. Indra Ghandhi, (35) masih lagi menganut agama Hindu.Indra bekerja sebagai guru di Taman Bimbingan Kanak-Kanak Seri Sedaya. Indra memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh.Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim memutuskan M Indira Ghandhi, 34, diberi hak penjagaan sementara bagi tiga kanak-kanak itu dan menetapkan 12 Mei untuk kes disebut semula.Si ayah dihalang daripada memasuki rumah Indra iaitu 39, Lorong 2B, Taman Permata, Ipoh.[1]Kes ini membabitkan bidang kuasa Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah.