KL118
KL118

KL118

KL118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit dengan jumlah 118 tingkat setinggi 682 m (2,238 ka), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut mempunyai bajet sebanyak RM5 bilion.[1] Apabila siap kelak pada 2020, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat dari tahun 1996 sehingga 2018 dan Menara Signature Trx yang mempunyai 106 tingkat dan memegang sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dari sekarang sehingga projek ini siap[2][3]Ia terdiri daripada 400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.[4] Ia sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.[1] Projek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).[5]Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[6][7]Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[8][9]