Sejarah KLIA_Transit

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.

KLIA Transit

Perkhidmatan komersil pertama KLIA Transit bermula pada 1 Jun 2002 sebagai pengangkutan rel penghubung utama bagi bandar raya Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Transit ialah penduduk di sekitar kawasan stesen perhentian KLIA Transit, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa KL, kakitangan kerajaan di Putrajaya, golongan pelajar dan warga pekerja di Cyberjaya yang kerap berulak-alik menggunakan perkhidmatan rel pengantara tersebut. Selain itu, KLIA Transit juga adalah pengangkutan awam alternatif bagi menyaksikan perlumbaan kereta Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang.

Kemalangan

Pada 24 Ogos 2010, Express Rail Link mengalami kemalangan yang dilaporkan pertama kali di mana 3 penumpang cedera. Dua kereta ERL bertembung di Kuala Lumpur Sentral. Salah satu kereta api yang terlibat akan berlepas pada pukul 9.45 malam untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sementara kereta lain yang kosong, melanggar dari belakang.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: KLIA_Transit http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/... http://www.nst.com.my/nst/articles/23liz35/Article... http://www.mot.gov.my/en/Statistik%20Rel/2015%204%... http://imetro.nanika.net/metro?o=h&v=KUALALUMPUR https://www.kliaekspres.com/plan-buy/fares-passes/ https://www.kliaekspres.com/plan-buy/our-services/ https://pbs.twimg.com/media/CVN0bKLUsAABGLJ.jpg https://web.archive.org/web/20081208120832/http://... https://web.archive.org/web/20090206160956/http://... https://web.archive.org/web/20091006005451/http://...