Ringkasan KLU

Di dalam sebuah universiti di Kuala Lumpur, tersingkap kisah-kisah para pelajar di situ. Maria, seorang pelajar yang dahulunya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di luar negara, kini pulang ke tanahair dan menyambung pelajarannya di sini. Ini adalah disebabkan ayahnya yang sakit tenat ketika itu, tetapi kini telah pulih. Kekayaan ayah Maria, iaitu Datuk Nordin, menarik minat Tuan Hudson iaitu seorang rakan lamanya yang juga ayah kepada Bob, salah seorang pelajar di universiti yang sama. Tuan Hudson yang kini dalam dilema apabila perniagaannya hampir bankrap, mengambil kesempatan ini dengan memujuk Bob supaya merapatkan diri dengan Maria. Tuan Hudson mahu mengerjakan harta Datuk Nordin sekiranya Bob berjaya dijodohkan dengan Maria.