Kontroversi KL_Gangster_2

Pada 28 Ogos 2013, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet. Pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini.[24][25] Pengarahnya, Syamsul Yusof telah memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. “Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem 'KL Gangster 2' tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara itu di akaun Facebook Dan Twitter miliknya.[26][27][28]

Susulan daripada insiden tersebut, pihak Skop Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd telah mengadakan sebuah sidang media tergempar bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 30 Ogos 2013.Menurut Datuk Yusof Haslam, pihaknya sudah mendapat beberapa petunjuk mengenai isu penyebaran awal filem KL Gangster 2 dan buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mencari bukti-bukti kukuh sebelum mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.[29][30]

Pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa penyebaran filem ini didakwa berpunca daripada 'penglibatan orang dalam perfileman'.[31] Namun, kenyataan ini disangkal oleh Datuk Yusof Haslam. Menurut beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam. "Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu. "Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat. "Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."[32][33]

Datuk Yusof juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja. Oleh itu, penerbit terkenal tersebut mengalu-alukan peminat filem tempatan untuk datang menyokong filem KL Gangster 2 itu di pawagam pada 3 Oktober depan bagi merasaikan pengalaman yang lebih memuaskan.[34][35][36]

Ekoran kes ini, penerbit baru Nusan Bakti Coorperation telah mengumpulkan 10 penerbit filem bumiputera dan mengambil inisiatif membeli sebanyak 5000 tiket filem tersebut dan akan diberikan kepada penonton. Antara penerbit yang terlibat ialah Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Global Station, Bright Network, Rumah Karya Citra, Line Clear Motion Pictures, KRU Studios, Pesona Pictures, Ace Motion Pictures, dan Vision Network.[37]

Rujukan

WikiPedia: KL_Gangster_2 http://www.asiaone.com/showbiz/movie-review-kl-gan... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/adi-putra... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/skop-pro... http://www.astroawani.com/news/show/psiko-pencuri-... http://www.beritasini.com/2013/09/kecewa-kl-gangst... http://www.budiey.com/aaron-aziz-kemalangan-di-lok... http://www.budiey.com/filem-kl-gangster-2-kutip-rm... http://www.budiey.com/kl-gangster-2-bocor-di-inter... http://www.budiey.com/trailer-filem-kl-gangster-2-... http://www.caseymoviemania.com/2013/10/kl-gangster...