KRI_Wilhelmus_Zakarias_Yohannes
KRI_Wilhelmus_Zakarias_Yohannes

KRI_Wilhelmus_Zakarias_Yohannes

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes (332) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda friget yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia.Kapal KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes milik Indonesia merupakan kapal jenis peronda friget kelas Wilhelmus Zakarias Yohannes (RN Tribal). KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dibina oleh Devonport Dockyard, United Kingdom. Ia dilancarkan pada 1962 sebagai HMS Gurkha (F122)[1] dan dibeli oleh tentera Indonesia pada tahun 1986.Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Martha Kristina Tiyahahu, dan KRI Hasanuddin.KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai 268 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dilengkapi untuk misi rondaan umum.Kapal KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes sepanjang 109.73 m; 12.95 meter lebar * 3.8 meter ( 360kaki panjang * 42.5kaki * 12.5kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 24 knot. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai seseran 2,700 tan penuh.Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.