KV_Kortrijk
KV_Kortrijk

KV_Kortrijk

Koninklijke Voetbalclub Kortrijk (ataupun disebut sebagai KV Kortrijk atau KVK) merupakan kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Kortrijk, Flanders Barat. Kelab ini kini bermain di Divisyen Pertama Belgium dan memperoleh kedudukan terbaik pada musim 2009–10 apabila mereka menduduki tempat keempat selepas perlawanan play-off. KV Kortrijk telah ditubuhkan pada 1971. Warna kelab ini ialah merah dan putih. Pasukan ini bermain di Stadium Guldensporen.Pada 12 Mei 2015, Kortrijk telah dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia, Vincent Tan dengan harga sebanyak 5 juta euro. Ia justeru memberi ruang bagi pemain dari Malaysia untuk bermain di kelab itu apabila pada 2019, Luqman Hakim Shamsudin diikat kontrak bersama K.V Kortrijk untuk 5 tahun.[1]

Berkaitan