Elektromagnetik Kabel_sepaksi

Penyaluran wayar terbuka mempunyai ciri-ciri yang gelombang elektromagnetik bergerak melalui talian terserak kepada ruang mengelilingi wayar selari. Talian ini kurang kehilangan kuasa, tetapi mempunyai kesan sampingan. Ia tidak boleh dibengkokkan, dipilin atau dibentuk tanpa mengubah ciri-ciri galangan (impedance) mereka. Ia juga tidak boleh dipasang sepanjang atau dilekatkan pada sebarang bahan pengalir, kerana medan yang terserak akan menghasilkan arus dalam pengalir berhampiran menyebabkan radiasi yang tidak diingini dan talian tidak sempurna (detuning).

Talian coaxial menyelesaikan masalah ini dengan menghadkan gelombang eletromagnetik pada kawasan dalam kabel, antara teras pengalir dan penghadang. Talian itu sendiri membentuk pemandu gelombang sepaksi, dan pengaliran tenaga dalam talian dengan itu hanya berlaku sepenuhnya melalui gelombang yang mengalir dalam kabel antara pengalir. Talian coaxial dengan itu boleh dibengkokkan dan dipilin tanpa kesan negatif, dan ia boleh dilekatkan pada bahan penyokong pengalir tanpa menghasilkan arus tidak diingini pada bahan pengalir tersebut.

Talian sepaksi diisi dengan bahan dielektrik yang mengekalkan jarak antara teras pengalir dan pelindung. Malangnya, semua dielektrik meningkatkan galangan, dengan itu menyebabkan kebanyakan talian coaxial kurang berkesan berbanding talian wayar terdedah.