Sejarah Kabinet_Malaysia_2020

Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.[1] Ini bermakna pengakhiran kabinet Mahathir ketujuh, di mana Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri. Berikutan penarikan diri BERSATU daripada gabungan Pakatan Harapan (PH)[2] juga pemecatan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memulakan "Langkah Sheraton"[3] dan peletakan jawatan sembilan ahli parlimen lain dari PKR yang setia kepada Azmin[4], gabungan pemerintahan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menyebabkan parlimen tergantung. Walau bagaimanapun, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Berikutan vakum pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen ke Istana Negara pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan Anwar Ibrahim kepada jawatan[5] berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.[6] Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik lain yang diwakili di Parlimen. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.

Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, Muhyiddin atau Bung Moktar Radin yang mencalonkan diri sendiri, memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.

Hasilnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,[7] kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin di kenyataan istana. Menurut Setiausaha-Agung PAS Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, GBS dan GPS.[8] Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi keyakinan dan pembekalan kepada Muhyiddin.

Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.[9]

Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.[10]

Rujukan

WikiPedia: Kabinet_Malaysia_2020 http://www.xinhuanet.com/english/2020-03/01/c_1388... https://asia.nikkei.com/Politics/Malaysia-in-trans... https://www.scmp.com/week-asia/politics/article/30... https://www.theborneopost.com/2020/02/29/anwar-ste... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03... https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/552551/muh...