Kabinet_Persekutuan_Tanah_Melayu_1957

Kabinet Malaysia 1957 atau lebih tepat sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Ogos 1957. Satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur menjelang Tanah Melayu mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kabinet baru ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk disahkan. Semua nama ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan), Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian) dan Encik Sardon Jubir (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom).Satu pengisytiharan dibuat bahawa sekiranya Tunku Abdul Rahman bersara/ berhenti dari politik, Dato Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO akan menjadi pengganti serta-merta.[1]
Semua menteri di atas merupakan pemimpin Perikatan UMNO-MCA dan MIC yang memenangi Pilihan raya umum 1955 kecuali Kolonel H.S Lee . Kolonel H.S Lee dulantik sebagai Menteri Kewangan. Selepas Pilihan raya umum 1959, jemaah menteri dipilih dari kalangan mereka yang memenangi pilihan raya sahaja.