Kad bunyi adalah
kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.Kad bunyi yang biasa termasuk
cip bunyi biasanya mempunyai ciri
penukar digit ke analog yang menukarkan bunyi gelombang digit atau dirakamkan kepada format
analog. Isyarat ini dialirkan kepada penyambung (jenis
fon telinga) di mana kabel penyambung kepada
amplifier atau destinasi seumpamanya boleh dicucuk masuk.Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam pita atau sumber bunyi seumpamanya boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras) pada cakera keras komputer.)Sambungan luar biasa pada kad bunyi biasa, digunakan untuk menyambung secara langsung kepada mikrofon. Bunyinya boleh dirakamkan kepada cakera keras atau di proses (sebagai contoh perisian
pengecaman pertuturan atau untuk
Suara melalui IP ( Voice over IP )).Salah satu pengeluar kad bunyi bagi
IBM PC merupakan
AdLib, yang menghasilkan kad berasaskan cip bunyi
Yamaha YM3812, dengan itu aka OPL2. Set ini merupakan piawaian-
de facto sehingga
Creative Labs menghasilkan kad
Sound Blaster, yang mempunyai YM3812 tambah kopemproses bunyi (jangkaannya
mikropengawal Intel) yang secara kreatif dipanggil "DSP" oleh Creative, yang membayangkan ia merupakan
pemproses isyarat digital; beberapa tahun berlalu sebelum Creative menghasilkan kad yang mampu merakam dan menghasilkan bunyi semula pada masa yang sama, tanpa menyentuh tentang menghasilkan prosessing secara langsung. Sound Blaster, bersama pemacu
CD-ROM murah pertama dan teknologi video yang berkembang, membawa masuk era baru keupayaan komputer, di mana ia mampu memainkan kembali audio CD, menambah dialog pra-rakam pada
permainan komputer, dan juga memainkan wayang (walaupun dalam bentuk klip pendek dan kualiti yang rendah, tidak setanding dengan video digit moden.).Kad bunyi awal tidak mampu merakam dan menghasilkan bunyi serentak. Kebanyakan kad bunyi masakini adalah
dupleks penuh.Akhir 1990-an banyak pengeluar komputer mula menggantikan kad bunyi cucuk masuk dengan
codec yang disertakan bersama
papan induk. Kebanyakkannya menggunakan spesifikasi
AC97 Intel. Pengeluar yang lain menggunakan slot
ACR yang lebih murah.