Faedah Kad_pintar

Faedah kad pintar berkaitan secara langsung dengan bilangan maklumat dan aplikasi yang diaturcarakan untuk digunakan pada sesebuah kad. Sebuah kad pintar sentuh atau tanpa sentuh boleh diaturcarakan dengan pelbagai kelayakan perbankan (banking credential), kelayakan perubatan (medical entitlement), kelayakan lesen memandu atau pengangkutan awam, dan sebagainya. Pengesahsahihan berbilang faktor dan hampiran (proximity) boleh dan telah dibenamkan ke dalam kad-kad pintar bagi meningkatkan keselamatan untuk kesemua perkhidmatan pada kad berkenaan. Contohnya, sebuah kad pintar boleh diaturcarakan supaya hanya membenarkan urus niaga tanpa sentu jika ia juga sedang berada dalam jangkauan sebuah peranti lain. Ini dapat meningkatkan lagi keselamatan bagi kad pintar berkenaan.