Kad tambah, juga dikenali sebagai
papan tambah,
kad penyesuai atau
kad aksesori, ialah
papan litar bercetak yang boleh disisipkan ke dalam slot tambah yang terletak pada
papan ibu komputer untuk meningkatkan kefungsian sesebuah
sistem komputer. Salah satu sisi kad tambah menampung sentuhan (
penyambung pinggir) yang betul-betul padan dengan slot tambah. Ia mengasaskan
sentuhan elektrik antara komponen
elektronik kad tambah (kebanyakannya
litar bersepadu) dan komponen elektronik papan ibu.Penyambung yang dipasang pada pendakap membenarkan sambungan peranti luaran kepada kad tambah. Bergantung kepada
faktor bentuk papan ibu dan selongsong komputer, antara satu hingga tujuh kad tambah dapat ditambah ke dalam sesuatu sistem komputer. Dalam kes sistem
satah belakang, sehingga 19 kad tambah dapat dipasang. Terdapat juga faktor yang lain yang mempengaruhi muatan kad tambah. Misalnya, sesetengah kad tambah memerlukan dua slot. Contohnya termasuk sesetengah
kad grafik GeForce FX nVidia dan kad grafik GeForce yang lebih baharu, dengan ruang di antara kedua-dua slot itu sering disediakan untuk membantu penyejukan sesetengah kad atasan.Sesetengah kad tambah merupakan kad "profil rendah", iaitu ia lebih pendek daripada kad piawai dan dapat dipasang ke dalam
casis komputer yang lebih rendah. Terdapat juga
piawai "kad PCI profil rendah" yang menetapkan saiz pendakap dan saiz papan yang jauh lebih kecil. Kumpulan kad tambah yang digunakan untuk kesambungan luaran seperti
kad rangkaian, kad
rangkaian kawasan storan (SAN) dan kad
modem, umumnya dirujuk sebagai
kad input/output (atau
kad I/O).Tujuan utama kad tambah adalah untuk memberikan atau memperluas ciri yang tidak diberikan oleh papan ibu. Misalnya,
IBM PC yang asal tidak menyediakan keupayaan grafik atau
pemacu cakera keras kerana teknologi yang berkait masih tidak wujud. Dalam kes sedemikian,
kad tambah grafik dan kad pengawal cakera keras
ST-506 masing-masing membekalkan keupayaan grafik dan antara muka cakera keras.Dalam kes peningkatan keupayaan atas papan, sebuah papan ibu boleh membekalkan
port RS232 bersiri tunggal atau
port Eternet. Kad tambah boleh dipasang untuk membekalkan berbilang port RS232 atau berbilang port Eternet ber
jalur lebar lebih tinggi. Dalam kes tersebut, papan ibu memberikan kefungsian asas, manakala kad tambah membekalkan port tambahan atau port tertingkat.