Kaedah_tentu_umur_dalam_arkeologi

Pentarikhan atau penentuan umur bahan-bahan yang dipetik dari rekod arkeologi boleh dilakukan dengan mengkaji artifak itu secara langsung, ataupun disimpulkan dengan perkaitan dengan bahan-bahan yang ditemui dalam konteks petikan bahan tersebut, atau disimpulkan mengikut titik penemuannya dalam urutan berkenaan dengan konteks-konteks yang boleh ditentu umurnya. Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating". Pentarikhan itu penting sekali dalam bidang kaji purba untuk membentuk gambaran zaman lampau kerana ia bersandarkan keutuhan benda-benda dan contoh-contoh yang boleh ditentu umur. Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu arkeologi.