Kagayan

Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar keluarga Bajau. Etnik Kagayan juga dikenali dengan nama Bajau Kagayan, Sama Kagayan atau Cagayan. Dari segi linguistik dan kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat dengan dengan saudara Bajau-nya dari suku Bajau Tempasok (Sama Kota Belud). Etnik Kagayan banyak di temui di beberapa daerah di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Selain itu etnik Kagayan ini juga menghuni beberapa kepulauan di perairan Utara Sabah dan Pantai Timur Sabah sehingga sehingga ke Pulau Mapun (Tawi-Tawi) di bawah kekuasaan negara Filipina. Walaubagaimanapun, oleh kerana orang-orang Kagayan sudah terbisa menetap dan berulang alik dari satu pulau ke pulau yang lainnya termasuk pulau besar Borneo, sempadan yang digariskan oleh penjajah dan politik antarabangsa, adalah seolah-olah tidak terpakai untuk mereka kerana kawasan perairan Borneo Utara (Banggi, Kudat, Sandakan) dan Selatan Filipina (Pulau Mapun, Pulau Palawan, Pulau Taganak) merupakan tanah dan air mereka. Pemilikan mereka bukan hanya terhad kepada kehidupan di atas tanah, malah juga kehidupan di air, sesuai dengan sebutan dalam sebutan bahasa Melayu, Tanahair.Orang-orang dari etnik Kagayan lazimnya menghuni di sepanjang persisiran pantai atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih untuk berkerja sebagai nelayan. Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah menjadi nelayan moden berbanding pada kehidupan mereka pada masa dahulu yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya pukat (pukut), sampan (bagung), kapal (lanca) buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini suku kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut. Orang-orang Kagayan juga mengalami perkahwinan campur dari bangsa-bangsa lain yang datang dari luar kepulauan nusantara sejak dari dulu lagi seperti bangsa Arab, dan Cina. Jatidiri anak-anak dari etnik Kagayan semakin hilang kerana proses asimilasi yang telah berlaku sekian lama. Ramai anak-anak dari etnik ini tidak lagi mampun bertutur dalam bahasa asal mereka sebaliknya lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ramai juga tidak mengaku sebagai etnik Kagayan kerana etnik minoriti ini telah disterotaipkan sebagai pendatang tanpa mengetahui hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagan Borneo Utara dan Persekutuan Malaysia.Di bawah Perlembagaan Borneo Utara (Sabah) 1952, Pindaan 1958, Seksyen 2(1)(c), Etnik Kagayan adalah tergolong dalam suku pribumi Sabah yang diiktiraf.2(1)(c). Any person who is ordinarily resident in Sabah, is a member of the Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu or Ubian people or of a people indigenous to the State of Sarawak or the State of Brunei, has lived as and been a member of a native community for a continuous period of three years preceding the date of his claim to be a native, has borne a good character throughout that period and whose stay in Sabah is not limited under any of the provisions of the Immigration Act, 1959/63 [Act 155.]: Provided that if one of such person's parents is or was a member of any such people and either lives or if deceased is buried or reputed to be buried in Sabah, then the qualifying period shall be reduced to two years;2(1)(c). Seseorang yang menetap di Sabah terdiri dari kalangan orang Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu atau Ubian atau penduduk asli Negeri Sarawak atau Negeri Brunei yang telah tinggal berterusan selama tiga(3) tahun sebelum dari tarikh beliau mengisytiharkan dirinya sebagai anak negeri, mempunya kelakuan yang baik semasa tinggal di Sabah dan tidak tertakluk oleh Immigration Act: Kecuali salah seorang ibu atau bapanya terdiri dari kalangan anak negeri yang tinggal dan diketahui dikebumikan di Sabah, masa kelayakan mesti dikurangkan kepada dua (2) tahun.Suku etnik Kagayan dan bajau lainnya telah berjuang bersama-sama Tun Mustapha(yang juga merupakan suku Kagayan campuran Suluk) untuk memerdekakan Sabah daripada tangan penjajah. Kaum Kagayan mementingkan maruah bangsa dan agama, semua keturunan Kagayan adalah muslim dan mereka sangat mengutamakan agama Islam. Budaya suku kaum Kagayan mempunyai tarian yang unik seperti tarian berunsai (Lunsai), tagungguk (upacara paluan muzik menggunakan gong, kulintangan/titik) dimana ia dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan malam berinai (sangom macca). Dari segi kraftangan pula, suku kaum Kagayan terkenal dengan anyaman tikar (tipo), dan membuat layang-layang. Selain itu, suku kaum Kagayan terkenal dengan makanan ubi-ubian seperti ubi kayu atau bestilak kayu untuk dijadikan putu, dan kinuha, makanan laut seperti agar-agar (aga-aga), latok, sendulai, hanga-hanga, sikad-sikad, tayum, tehek-tehek, dan sebagainya . Tradisi atau adat resam suku kaum Kagayan juga dapat dilihat melalui perkahwinan, bagi suku kaum kagayan adat perkahwinan mestilah didahului dengan rombongan lelaki ke rumah pihak keluarga perempuan untuk tujun merisik.Dibawah ini, disenarai beberapa bahasa etnik Kagayan. Bahasa asli etnik Kagayan adalah tidak kaya, dan banyak meminjam bahasa-bahasa dari luar nusantara seperti Inggeris dan Arab serta bahasa dari suku kaum Suluk. Walaubagaimanapun, dibawah disenaraikan beberapa bahasa asli etnik Kagayan yang diketahui.