Kailash_Satyarthi
Kailash_Satyarthi

Kailash_Satyarthi

Kailash Satyarthi (lahir 'Kailash Sharma'; 11 Januari 1954)[6] merupakan peguam bela untuk hak dan pendidikan kanak-kanak serta aktivis yang menentang buruh kanak-kanak dari India.[7][8] Beliau mengasaskan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun 1980 dan telah bertindak melindungi hak lebih daripada 83,000 kanak-kanak dari 144 buah negara.[9][10]Nama asal beliau adalah Kailash Sharma, dilahirkan pada 11 Januari 1954 di Vidisha, Madhya Pradesh, India.[1][2]Beliau telah belajar di sekolah menengah tinggi kerajaan,[3] dan menamatkan ijazahnya dalam bidang kejuruteraan elektrikal[2] di Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[1][3][4] dan pascasiswazah dalam kejuruteraan voltan tinggi. Beliau kemudiannya menyertai kolej di Bhopal sebagai pensyarah selama beberapa tahun.[11]Pada 1980, beliau melepaskan kerjaya sebagai jurutera dan menjadi Setiausaha Agong Bandhua Mukti Morcha; dan menubuhkan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun yang sama.[12][13] Kerja-kerja kemasyarakatan beliau diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa termasuk menerima Hadiah Keamanan Nobel 2014 bersama-sama Malala Yousafzai dari Pakistan.[14]Perbincangan mengenai pengharaman buruh kanak-kanak mula dibangkitkan setelah Satyarthi menerima Hadiah Nobel.

Kailash_Satyarthi

Nama asal कैलाश सत्यार्थी
Anugerah The Aachener International Peace Prize, Germany (1994)
Robert F. Kennedy Human Rights Award (1995)
Alfonso Comin International Award (2008)
Medal of the Italian Senate (2007)
Defenders of Democracy Award (2009)
Hadiah Keamanan Nobel (2014)
Harvard Humanitarian Award (2015)[5]
Terkenal kerana Aktivisme untuk hak kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak
Warganegara India
Pendidikan Kejuruteraan elektrik[1]
Laman web KailashSatyarthi.net
Kelahiran Kailash Sharma[1]
(1954-01-11) 11 Januari 1954 (umur 66)[2]
Vidisha, Madhya Pradesh, India
Pusat pendidikan Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Kailash_Satyarthi http://www.bbc.com/news/world-asia-29568634 http://www.business-standard.com/article/current-a... http://www.dnaindia.com/india/report-nobel-peace-p... http://www.hindustantimes.com/india-news/who-is-ka... http://www.news18.com/news/madhya-pradesh/vidisha-... http://www.ted.com/talks/kailash_satyarthi_how_to_... http://www.telegraphindia.com/1141011/jsp/nation/s... http://www.thehindu.com/news/international/world/m... http://www.fes.de/themen/menschenrechtspreis/mrp19... http://kailashsatyarthi.net