Kaizen

Kaizen berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud "perubahan kepada yang lebih baik". Kaizen mula dikenali atau digunakan tidak lama selepas Perang Dunia II apabila AS menghantar beberapa penasihat untuk membantu negara Jepun membina semula ekonomi mereka, salah seorang penasihat ialah Dr Deming yang sering dikreditkan dengan idea-idea bagaimana Kaizen itu tercipta kerana beliau ada menyatakan "cara untuk sentiasa meningkatkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan ialah dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti, seterusnya dapat membantu kepada penjimatan kos”.Kaizen adalah kesinambungan kepada budaya ‘Penambahbaikan Berterusan / Continuous Improvement’.Antara prinsip Kaizen adalah :-Proses yang baik menghasilkan produk yang baikMeneliti dan mengurus data/faktaMenilai sendiri situasiMengambil tindakan membetulkan kesilapanBekerja secara berpasukanIalah budayaMeningkatkan ProduktivitiMeningkatkan Kualiti Produk@ServisKeselamatan tempat kerja bertambah baikPesanan/order pelanggan dapat disiapkan/dihantar tepat pada masaMeningkatkan kepuasan pelangganKerja menjadi lebih mudah dan tekanan/stres pekerja berkuranganSecara ringkas, Kaizen ialah budaya kerja harian yang memfokus kepada usaha menambahbaik secara berterusan di dalam sesuatu proses atau cara kerja di setiap keseluruhan bahagian dan ia melibatkan semua pekerja. Sasaran penting ialah menyingkirkan ‘Waste’(pembaziran) yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti.Antara kebaikan Kaizen adalah :Kaizen dan keperluannya :Pelanggan/pengguna kebiasannya mahukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkualiti "terbaik" , pada harga “terendah” dan mudah serta boleh didapati apabila mereka mahukan ia. Sekiranya kita sebagai peniaga/pemimpin pasaran gagal untuk terus melakukan penambahbaikan keatas produk dan perkhidmatan kita, akibatnya pelanggan/pengguna sedia ada akan beralih kepada pesaing kita yang mampu membuat atau memberikan produk atau perkhidmatan tersebut dengan lebih cepat, lebih baik atau lebih murah.Kita akan kehilangan pasaran yang seterusnya yang akhirnya boleh menjejaskan prestasi syarikat. Jangan tunggu sehingga ia terjadi, bertindak segera.