Perkhidmatan KakaoTalk

Selain panggilan dan mesej percuma, pengguna boleh berkongsi foto, video, mesej suara, lokasi, pautan URL serta maklumat hubungan. Kedua-dua sembang satu-satu dan kumpulan boleh didapati melalui WiFi, 3G atau LTE, dan tidak ada batasan bilangan orang dalam sembang kumpulan.

Aplikasi ini secara automatik menyegerakkan senarai kenalan pengguna pada telefon pintar mereka dengan senarai kenalan pada aplikasi untuk mencari rakan-rakan yang berada di perkhidmatan. Pengguna juga boleh mencari rakan dengan KakaoTalk ID tanpa perlu tahu nombor telefon mereka. Perkhidmatan KakaoTalk juga membolehkan pengguna mengeksport mesej mereka dan menyimpannya.[2]

KakaoTalk bermula sebagai perkhidmatan pemesejan tetapi telah menjadi platform untuk pengedaran pelbagai kandungan dan aplikasi pihak ketiga, termasuk beratus-ratus permainan, yang pengguna boleh memuat turun dan bermain dengan rakan-rakan mereka melalui platform pemesejan.[3] Melalui ciri "Tambah Rakan", pengguna boleh mengikuti jenama, media dan selebriti untuk menerima mesej eksklusif, kupon dan maklumat masa nyata melalui khidmat chat room KakaoTalk. Pengguna juga boleh membeli barangan hidup melalui platform "Gifting" messenger.[4]