Sinopsis Kaki_Kitai

Mengisahkan tentang 2 orang sahabat Grenggo/Din (Shaheizy Sam) & Ayoi (Fezrul Khan) yang kurang cerdik datang dari kampung dan cuba berlagak pandai. Din pula sudah 3 tahun menetap Kuala Lumpur. Kisah bermula apabila Din menyambut Ayoi yang baru tiba dari kampung di stesen bas. Mereka dengan tidak sengaja telah mengganggu operasi pihak polis yang sedang bertugas dan telah menimbulkan kemarahan Inspektor Farid (Farid Kamil). Inspektor Farid kebetulan adalah sahabat baik Din & Ayoi sewaktu di bangku sekolah. Ada sahaja karenah mereka yang telah mengganggu kerja Inspektor Farid hingga beliau telah ditegur oleh pihak atasan.