Kalium-40

Kalium-40 (40K) ialah isotop radioaktif kalium yang mempunyai separuh hayat yang sangat lama, iaitu 1.248 × 109 tahun.Kalium-40 adalah salah satu isotop jarang yang melalui ketiga-tiga jenis pereputan beta. Kira-kira 89.28% pereputan isotop ini menghasilkan kalsium-40 (40Ca) dengan pemancaran satu zarah beta (β−, satu elektron) dengan tenaga maksimum sebanyak 1.33 MeV dan satu antineutrino. Kira-kira 10.72% pereputan isotop ini menghasilkan argon-40 (40Ar) dengan penangkapan elektron, dengan pelepasan sinar gama 1.460 MeV dan satu neutrino. Isotop ini boleh juga mereput dan membentuk 40Ar melalui pemancaran positron (β+) dan satu neutrino, tetapi kejadian ini amat jarang (kira-kira 0.001% pereputan isotop).[1]