Kamaboko
Kamaboko

Kamaboko

Kamaboko (蒲鉾) atau versi Koreanya iaitu Eomuk (Hangul: Eomuk; hanja: 어묵) adalah sebutan untuk pelbagai makanan dari ikan yang dihancurkan, dibentuk di atas sepotong kayu, dan dimasak dengan cara dikukus. Hirisan kamaboko boleh terus dimakan begitu saja atau digunakan sebagai pelengkap dan hiasan pelbagai makanan berkuah, seperti ramen, soba, atau udon.Adonan diletakkan di atas potongan kayu berbentuk segi empat dan diratakan hingga berbentuk separuh bulat. Potongan kayu yang menjadi alas kamaboko dipilih dari kayu yang tidak berbau apabila dikukus. Adunan sering dicampur pewarna makanan berwarna merah jambu agar menarik. Salah satu jenis kamaboko ialah yang dipanggil Naruto atau Naruto-maki, apabila dipotong akan membentuk hirisan bermotifkan pusaran air. Kamaboko yang berperisa ketam dipanggil kanikama atau kanikamaboko.