Soba
Soba

Soba

Soba (そば atau 蕎麦) bermaksud gandum kuda dalam bahasa Jepun. Ia disamaertikan dengan sejenis mi nipis yang diperbuat daripada tepung gandum kuda, apalagi di Jepun sahaja, ia juga memaksudkan sebarang mi nipis (berbanding dengan mi gandum tebal iaitu udon). Mi soba dihidangkan sama ada dingin dengan sos celup yang pedas, ataupun dalam kaldu panas sebagai sup mi. Gandum kuda memakan masa tiga bulan untuk sedia dituai, oleh itu ia boleh dituai empat kali setahun, terutamanya pada musim-musim bunga, panas dan luruh. Di Jepun, pengeluaran gandum kuda tertumpu di Hokkaido.[1] Soba yang diperbuat dengan gandum kuda yang baru dituai dipanggil "shin-soba", dan lebih manis dan berperisa berbanding soba biasa.Di Jepun, mi soba dihidangkan dalam pelbagai latar: baik sebagai makanan segera yang murah di stesen keretapi[2] di seluruh Jepun, mahupun di restoran mewah yang eksklusif. Pasar-pasar juga menjual mi kering[3] dan men-tsuyu (kaldu mi segera) untuk memudahkan penyediaan di rumah.Sesetengah kedai, terutamanya yang lebih murah dan kasual, mungkin menghidangkan soba dan udon sekali kerana ia sering dihidangkan dengan cara yang serupa. Walau apapun, soba merupakan mi pilihan utama tradisional warga Tokyo.[4] Tradisi ini berakar umbi pada zaman Tokugawa, ketika para warga kota Edo (Tokyo) yang biarpun jauh lebih kaya daripada golongan luar bandar yang miskin, namun lebih terdedah kepada penyakit beri-beri kerana banyak makan nasi putih yang rendah tiamina.[5] Adalah ditemui bahawa beri-beri boleh dicegah dengan kerap memakan soba yang kaya dengan tiamina.[6] Pada zaman Tokugawa, setiap kejiranan ada satu atau dua kedai soba yang serupa fungsinya dengan kedai kopi masa kini, di mana penduduk setempat bersinggah untuk makan sejenak.[7]

Rujukan

WikiPedia: Soba http://books.google.com/books?id=7RZSJAaNIHMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=7TZlyilJ5DgC&pg=P... http://books.google.com/books?id=HZRDsVUZufoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=OT8OSoiYyagC&pg=P... http://books.google.com/books?id=S6oVJbezGfEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=fg9HAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=vGGSh3PSwQAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=vJbd43uxLiMC&pg=P... http://www.maff.go.jp/toukei/sokuhou/data/soba2008... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Soba?u...